Peperroni, Melazane & Zucchini Ripieni

R1 PepperoniMelazane

Bahan – bahan doh pizza

  • 6 keping Frankfurter Perisa Lada Hitam Ayamas, didadu halus
  • 300gm Daging Ayam Kisar Ayamas, dilembutkan
  • 4 sudu besar Minyak Zaitun Divella
  • 1 biji Lada Benggala Kuning, dipotong kepada dua bahagian
  • 1 biji Lada Benggala Merah, dipotong kepada dua bahagian
  • 2 biji Terung bulat (keluarkan isinya dan diasingkan), dipotong kepada dua bahagian
  • 2 biji Sayur Zukini (keluarkan isinya dan diasingkan), dipotong kepada dua bahagian
  • 200gm Roti Putih, direndam bersama sedikit Susu dan dicincang halus
  • 1 biji Telur, dipukul
  • 3 sudu besar Daun Parsli, dicincang halus
  • 200gm Keju Machengo atau Pecorino
  • 3 ulas Bawang Putih, dicincang dan didadu kecil
  • 1/2 cawan Keju Parmesan
  • Serbuk Lada Hitam dan Garam
  • 2 biji Bawang Besar, yang telah dimasak hingga layu dengan sedikit Minyak Zaitun Divella

Cara – Cara

  1. Gaulkan Daging Ayam Kisar Ayamas dan Frankfurter Perasa Lada Hitam Ayamas bersama-sama roti, telur, bawang besar, bawang putih, parsli dan Keju Machengo serta serbuk lada hitam, garam dan 2 sudu besar minyak zaitun di dalam mangkuk.
  2. Asingkan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diisikan ke dalam lada benggala merah dan kuning dan yang lain diisikan didalam terung dan zukini. Kemudian, tuang sedikit minyak zaitun di atas permukaan sayur-sayuran. Taburkan Keju Parmesan dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
TOP