Sup Bebola Ayam ala Greek

R2 Sup Bebola Ayam ala Greek

Bahan – bahan

  • ½ peket Bebola Ayamas
  • ¼ cawan Minyak Zaitun Divella
  • 1 biji Bawang Besir, dicincang halus
  • 4 biji Bawang Putih, dicincang halus
  • 2 batang Sayur Bawang Perai/Leek, dihiris nipis-nipis
  • 2 biji Tomato, dicincang
  • Segenggam Beras, direbus sedikit
  • Segenggam Daun Parsli, dimayang
  • Segenggam herba Thyme, dimayang
  • 10 cawan Air Rebusan Ayam
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam
  • 2 biji Telur, putih telur sahaja

Cara – cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, sayur Leek, tomato dan sayur saderi.
  2. Masukkan air rebusan lalu didihkan bersama beras sehingga ianya kembang.
  3. Masukkan bebola ayam, herba thyme dan parsli dan didihkan selama 2 minit lagi.
  4. Tutup api, kemudian masukkan putih telur yang telah dipukul dan dikacau. Masukkan garam serta serbuk lada hitam sebelum disajikan.
TOP