Ayam Salmorejo Cordoba

R1 Ayam Salmorejo Cordoba

Bahan – bahan
Salmorejo

  • 100gm Minyak Zaitun Divella
  • 1 kilo Tomato
  • 1 biji Bawang Putih
  • 400gm Roti
  • Garam
  • Cuka

Ayam dengan Oren

  • 1 keping Dada Ayam Segar Ayamas
  • 1 biji Bawang Putih
  • 1 biji Lobak Merah
  • 1/2 batang Sayur Bawang Perai/Leek
  • 1/2 biji Bawang Merah
  • Daun Bay, Lada Hitam, Garam
  • 1 biji buah Oren (Untuk kulit dan jus)
  • 250ml Air
  • 100ml Cuka
  • 1 biji Telur Rebus

Cara – cara

Hidangkan Salmorejo di dalam mangkuk sup, masukkan sekali potongan telur di atas dan diakhiri dengan potongan ayam berbentuk kiub. Akhir sekali, curahkan dengan sos "escabeche".

Telur

Telur direbus selama 10 minit. Biarkan ianya sejuk dan kemudian dipotong kecil - kecil.

Ayam Oren Escabeche

  1. Sayur dipotong "julianne" dan goreng dengan bawang putih, daun bay dan lada hitam.
  2. Tambahkan segelas cuka dan air dengan perahan jus oren, dan di masak selama 10 minit.
  3. Di dalam kuali berasingan, ayam segar digoreng dan masukkan ke dalam "escabeche". Masak sehingga lembut.

Salmorejo

  1. Tomato dikisar kemudian masukkan bawang putih ke dalam blender.
  2. Masukkan roti dan kisar bersama - sama sehingga menjadi tektur berkrim.
  3. Masukkan garam, cuka dan secara perlahan - lahan minyak zaitun.
TOP