Gulai Sayuran ala Marakesh

R1 Gulai Sayuran ala Marakesh

Bahan – bahan

  • 10 keping Frankfurters Perisa Cendawan Ayamas
  • 3-4 cawan air rebusan ayam

Bahan - bahan untuk dikisar

  • 5 biji Bawang Putih, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 4 biji Bawang Besar, dikupas dan dicincang halus-halus
  • 1 sudu besar Serbuk Lada Hitam
  • 4 sudu besar Paprika
  • 4 sudu besar Serbuk Jintan Manis
  • 2 sudu teh Serbuk Kunyit

Cara - cara

  1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga lembut. Masukkan paprika, jintan manis/kasar dan serbuk kunyit dan goreng sehingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan ayam yang telah direbus, lada hitam dan kacang kuda. Masukkan daun ketumbar, cili merah dan sayur-sayur yang keras terdahulu seperti ubi kentang, terung, lobak merah dan zukini. Apabila sayur yang dimasukkan sudah masak, masukkan sayur lain seperti lada benggala dan semua sayur lain. Masukkan garam. Didihkan selama 15 minit.
  3. Padamkan api setelah masak. Hidangkan dengan Kuskus. (Seelok-eloknya kuah tersebut disediakan setengah hari atau semalaman sebelum dihidang).

Kuskus: Bahan - bahan

  • 400g atau 2 cawan Kuskus gandum
  • Garam
  • 1 sudu teh Mentega

Cara - cara

  1. Rendam Kuskus dengan air selama 30 minit.
  2. Bubuh dalam kukusan dan kukus selama 30 minit dan masukkan garam.
  3. Sejurus sebelum menghidang, gaul kuskus dengan mentega.

Sayur - sayur

  • 1/2 cawan Kacang Kuda, direndam dengan air semalaman dan direbus
  • 2 biji Terung Bulat atau Terung Panjang, dipotong lapan atau tebal
  • 2 biji Tomato, dipotong lapan
  • 2 biji Ubi Kentang, dikupas dan dihiris tebal-tebal
  • 1 biji Lada Benggala Hijau. didadu sebesar 2" persegi
  • 1 biji Lada Benggala Merah, didadu sebesar 2" persegi
  • 1 batang Zukini, dihiris tebal-tebal
  • 20 tangkai Daun Ketumbar, dihiris-hiris (termasuk batangnya yang muda)
  • 1 tangkai Cili Merah, dibelah dua
  • 1/2 cawan Mentega
  • Garam
  • Kuskus* (Pasta daripada adunan suji dan air yang dikikus yang berasal dari kawasan Mediterranean)
TOP