Ayam Gerang Asem

R2 Ayam Gerang Asam

Bahan – bahan

  • 1 peket Frankfurter Perisa Lada Hitam Ayamas, dihiris
  • 2 sudu besar Minyak Zaitun Divella
  • 500gm Dada Ayam Segar Ayamas, dipotong
  • 300ml Air Rebusan Stok Ayam
  • 3 tangkai daun ketumbar segar
  • 2 keping Daun Limau Purut, dikoyak - koyak
  • 1 batang Serai, diketuk
  • 2gm Gula Melaka
  • 2 sudu besar Pes Cili Merah
  • Jus dari 1 biji Buah "Lemon".

Bahan - bahan Rempah:

  • 20gm Bawang Putih, dicincang
  • 30gm Bawang Merah, dicincang
  • 10gm Akar Kencur, diketuk
  • 10gm Halia, diketuk
  • 10gm Lengkuas, diketuk
  • 5gm Kunyit, diketuk
  • 5gm Belacan berkualiti
  • 1gm Lada Hitam
  • 1gm Biji Jintan Manis
  • 1gm Buah Keras
  • 1 biji Cili Merah Besar

Cara – Cara

  1. Tumis rempah selama 2 minit dengan minyak zaitun.
  2. Masukkan potongan ayam dan masak lagi selama 2 minit.
  3. Masukkan pes cili dan masak sehingga minyak naik ke atas.
  4. Masukkan gula melaka dan air rebusan stok ayam, garam dan gula. Lalu, masak selama 25 minit atau sehingga ayam menjadi lembut.
  5. Masukkan daun ketumbar, daun limau purut dan serai.
  6. Akhirnya, masukkan frankfurter ayam dan jus buah "lemon".
TOP