Kotosoupa Avgolemono : Sup Ayam Greek

sup-ayam-dgn-buah-lemon-2

'Kotosoupa Avgolemono'
Sup Ayam Greek

Hidangan 4 Orang

  • 4 keping bahagian dada ayam Ayamas
  • 1 cawan minyak zaitun Divella
  • 3 biji ubi kentang, dipotong besar-besar
  • 2 sudu besar daun oregano kering
  • 1 cawan air
  • Jus lemon dari 1 biji lemon
  • 1 biji bawang besar, dicincang kasar-kasar
  • Garam dan lada hitam
  1. Panaskan minyak zaitun dan goring bahagian dada ayam. Balik-balikkan selepas kuning. Kemudian masukkan bawang cincang dan masak hingga layu.
  2. Lepas itu, masukkan garam, lada hitam dan secawan air.
  3. Masukkan jus lemon dan daun oregano dan masak selama 15 minit sehingga air menggelegak.
  4. Masukkan ubi kentang dan sedikit lada hitam. Tutup periuk.
  5. Masak lagi selama 30 minit.
TOP