Fettuccine Fiesta

R1 Fettuccine Fiesta

Bahan – bahan

  • 1 peket Lof Daging Ayam Ayamas
  • 1 peket Fettuccine No. 12, Divella, direbus & dittos
  • 1 biji Zukini, dibakar & dihiris
  • 1 biji Lada Benggala Merah, dibakar dan dihiris
  • 1 biji Lada Benggala Hijau, dibakar dan dihiris
  • Segenggam Daun Parsli, dicincang
  • ½ biji Bawang Merah, dicincang
  • 1 cawan isi Ikan Tuna, dilenyek
  • 5 biji Cendawan Butang, dihiris
  • Segenggam Cendawan Enoki, dihiris
  • 2 sudu besar “Capers”
  • 6 biji Bawang Putih, dicincang
  • 8 biji Buah Zaitun Hitam
  • ¼ cawan Stok Pati Ayam
  • 1 biji cili kering/Cili Picante, dicincang halus
  • Segenggam Daun Basil (jika suka)
  • 3 sudu besar Jus Air Limau Nipis untuk hiasan
  • Sedikit Air

Cara – cara memasak

  1. Goreng bawang putih dan bawang merah sehingga kuning. Masukkan cendawan butang dan cendawan Enoki.
  2. Kemudian, masukkan Lof daging ayam, Fettuccini, zukini, lada benggala hijau, lada benggala merah, tuna, ‘Capers’, buah zaitun hitam, daun parsli, cili kering, stok ayam dan sedikit air.
  3. Masukkan daun basil dan gaulkan hingga sebati. Akhirnya, tuang jus air limau dan kacau sehingga sebati.
TOP