Salad Greek bersama Nuget Emas

Ep2 R2

Hidangan: Untuk 4 orang

Bahan – bahan

  • 1/2 paket Nuget Emas Ayamas
  • 1/2 cawan Minyak Zaitun Divella
  • 1/2 biji Bawang Besar, dihiris bulat-bulat
  • 4 biji Tomato yang masak ranum, dibaji 8
  • 1 biji Timun, dikupas & didadu
  • ½ biji sayur salad ‘Lettuce’
  • 1 biji Lada Benggala Merah, dihiris
  • 1 labu Bawang Merah Besar, dihiris bulat
  • 12 biji buah Zaitun Kalamata, dibuang biji
  • 150g Keju Feta, didadu
  • 1/2 biji BuahLemon, dijuskan
  • 1 sudu kecil Herba Oregano Kering
  • 8 biji Capers untuk hiasan
  • Garam dan Lada hitam, secukup rasa

Cara – Cara Memasak :

  1. Aturkan sayur salad di atas pinggan
  2. Masukkan buah tomato, timun, lada benggala, capers, buah zaitun, keju feta, bawang besar dan Nuget Emas.
  3. Kemudian masukkan minyak zaitun, jus limau lemon, lada hitam dan garam.
  4. Taburkan herba oregano dan hidangkan.
TOP