Salad Caesar Popcorn Bites

Ep5 R1

Hidangan: Untuk 4 orang

Popcorn Bites Ayamas ini memberikan kontras tekstur yg menarik kepada salad Caesar yang klasik ini.Ia sungguh comel dan ranggup teksturnya.Wan selalu sajikanya dirumah sebagai Snek ataupun sebahagian menu koktel bersama pencicah yang masam-manis. Kali Ini Popcorn Bites yang sungguh lazat ini digandingkan dengan 'dressing' Caesar kegemaran Wan.

Bahan – bahan

Salad Caesar

  • 200g Daun Salad 'Romaine'
  • 50g Daun Salad 'Rocket'
  • 10 biji Tomato Ceri, dibelah dua
  • 150g Popcorn Bites Ayamas, digoreng
  • 2 keping Roti Putih kering, didadu
  • 2 butir Telur Rebus, dibaji 4
  • 2 sudu besar Mentega
  • 1 tangkai kecil Daun Parsli, dihiris
  • Sedikit Minyak Zaitun Divella
  • 10 biji ‘Capers’

Kuah Salad Caesar

  • 1/2 cawan Mayonis Kewpie
  • Jus dari 1/2 biji buah Lemon
  • 4 ulas Bawang Putih, dicincang
  • 4 keping 'Anchovies', dicincang
  • 2 sudu kecil capers,dicincang
  • 2 sudu kecil Sos Mustard
  • 2 sudu besar Keju Parmesan parut
  • Sedikit Minyak Zaitun
  • Secubit Gula
  • Garam dan Lada hitam

Cara – Cara:

  1. Campurkan bahan-bahan kuah salad 'Caesar' didalam mangkuk, gaul rata dengan sebati, perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.masukan juga sedikit minyak zaitun untuk sentuhan dressing yang lazat.
  2. Untuk menyediakan 'Croutons' atau kiub roti ranggup, tumiskan bawang putih di dalam Minyak Zaitun Divella bersama mentega hingga wangi,kemudian masukan kiub roti, keju parmesan dan daun parsli.Gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada hitam.Alihkan ke dalam dulang bakar, bakar pada suhu 160C selama 10 minit hingga ranggup dan kuning keemasan.
  3. Gaulkan kuah salad 'Caesar' bersama daun 'Romaine' dan 'Rocket',aturkan ke dalam mangkuk hidang,taburkan dengan Popcorn Bites Ayamas, 'Croutons' dan hiaskan dengan tomato ceri, telur, parutan keju Parmesan.dan renjiskan sedikit minyak zaitun Divella ke atas salad sebelum dihidang.
TOP