Ayam Mama Laura

R1 Ayam Mama Laura

Bahan – bahan

  • 1 ekor Ayam Segar Ayamas
  • Minyak Zaitun Divella
  • 6 biji Bawang Putih
  • 3 biji Lobak Merah, dihiris
  • 2 biji Tomato, dicincang
  • 1 cawan Kacang Putih Besar/ Giant White Beans, ditoskan
  • 2 sm Kulit Kayu Manis
  • Bunga Cengkih
  • Serbuk Lada Hitam
  • 2 keping Daun Bay
  • 1 cawan Stok Ayam
  • Garam

Cara – Cara

  1. Potong ayam segar menjadi ketulan kecil, diperap dengan garam dan serbuk lada hitam. Jika suka, simpan kulit ayam.
  2. Goreng bawang putih bersama minyak zaitun yang lebih sedikit di dalam periuk "Cazerola" (sejenis tembikar tradisional buatan Sepanyol) sehingga kekuningan dan ketepikan bawang putih.
  3. Masukkan ayam, kemudian digoreng didalam minyak zaitun sehingga kekuningan.
  4. Masukkan lobak merah. Selepas itu, kacang putih besar/ Gaint White Beans yang telah ditoskan.
  5. Masukkan tomato, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun bay dan sedikit serbuk lada hitam.
  6. Masukkan stok ayam. Biarkan sehingga mendidih. Kecilkan api sehingga minyak naik selama 30 minit untuk menghasilkan kuah pekat berminyak.
TOP