Salad Ayamas bersama Limau Bali

R2 Salad Ayamas bersama Limau Bong

Bahan – bahan

  • 10 keping Nuget Emas Ayamas, digoreng dan dipotong nipis
  • 1 biji buah Limau Bali
  • 1/2 cawan Udang Kering, digoreng dan ditumbuk kasar
  • 1/2 cawan Kacang Tanah, digoreng dan ditumbuk kasar
  • 1/2 cawan Daun Pudina
  • 1/2 cawan Daun Ketumbar
  • 3 camca besar Gula Melaka
  • 2 camca besar Sos Nampla / Sos ikan
  • 2 biji Cili Merah, ditumbuk halus
  • 1 batang Lobak Merah, diparut

Cara – Cara

  1. Larutkan gula Melaka, sos nampla / sos ikan dan cili.
  2. Gaulkan ke semua bahan - bahan bersama sos tadi. Sajikan segera.
TOP