Pasta Penne Primavera

R2 Pasta Penne Primavera

Bahan – bahan

  • 6 keping Frankfurter Perisa Cendawan Ayamas, dihiris
  • 15 keping Crispy Tempura Nugget, digoreng sampai masak
  • 1 peket Pasta Penne Divella, direbus sampai masak dan ditoskan airnya
  • 1/4 cawan Minyak Zaitun Divella
  • 1 biji Lada Benggala, dibakar dan dibuangkan kulitnya
  • 2 biji Cili Merah, dicincang halus
  • 8 biji Tomato Ceri, dibelah dua
  • 10 batang Asparagus, dipotong kepada tiga bahagian
  • 100gm Bunga Brokoil
  • 1 batang Lobak Merah, dibentuk bunga - bunga
  • 1/2 cawan Keju Parmesan, diparut
  • Segenggam Daun Parsli, dicincang halus

Cara – Cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah bersama tomato ceri.
  2. Masukkan sayur - sayuran tadi dan masak seketika.
  3. Setelah sayur tadi masak, masukkan Frankfurter Perisa Cendawan Ayamas dan goreng selama 2 minit lagi.
  4. Akhir sekali, masuk Pasta Penne Divella, Crispy Tempura Nugget, lada putih, garam dan parsli. Sajikan bersama Keju Parmesan tadi.
TOP