Nasi Ayam Paella

R2 Nasi Ayam Paella

Bahan – bahan

  • 6 keping Premium Frankfurter Perisa Bawang Putih
  • Ayamas, dihiris nipis - nipis
  • 4 keping Ayam Segar Ayamas
  • 8 sudu besar Minyak Zaitun Divella
  • 3 cawan Beras aborio atau Spanish Short Grain Rice
  • 1 biji Bawang Merah, dicincang
  • 6 biji Bawang Putih, dicincang
  • 1 biji Lada Benggala Hijau, didadu besar
  • 10 batang Kacang Buncis atau 1/2 batang lobak merah
  • 3 biji Buah Tomato, didadu kecil
  • 4 batang Sayur Artichoke (Artichoke Bottoms), dibelah empat
  • 2 sudu kecil Serbuk Paparika
  • 1/2 sudu kecil Koma-koma
  • Segenggam Daun Parsli, dicincang halus
  • 3 cawan Air Rebusan Ayam

Cara – Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis ayam dan digoreng sampai kuning. Masukkan Ayamas Premium Frankfurter Perisa Bawang Putih.
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar dan lada benggala hijau lalu goreng selama 2 minit sahaja.
  3. Masukkan sayur-sayuran yang lain dan digoreng seminit lagi. Masukkan tomato dan serbuk paparika, koma - koma serta beras tadi dan digoreng selama 2 minit lagi.
  4. Tuangkan air rebusan ayam ke dalam nasi tadi. Masukkan garam dan kecilkan api. Apabila semua stok telah kering, dikecilkan api dan tutup beras tadi dengan penutup dan biarkan nasi itu masak sehingga kering.
TOP