Kentang Goreng Bersama Ayamas Cocktail Sausages ala Kashmiri

R2 Kentang Goreng ala Kashmiri

Bahan – bahan

  • 1 peket Sosej Koktel Perisa Lada Hitam Ayamas
  • 1 biji Bawang Besar, didadu kecil
  • 3 biji Bawang Putih, dicincang halus
  • 2 sm Halia, dicincang halus
  • 1 sm Kulit Kayu Manis
  • 2 biji Bunga Lawang
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 2 biji Buah Tomato, dipotong dadu
  • 2 sudu teh Serbuk Jintan Halus
  • 3 sudu teh Serbuk Biji Ketumbar
  • 1 sudu besar Serbuk Cili
  • Segenggam Daun Ketumbar, dicincang halus
  • 3 biji Ubi Kentang, dipotong kepada 6 bahagian setiap satu lalu digoreng sampai kuning
  • 1 tin Kacang Kuda, ditoskan airnya
  • 1/4 cawan Minyak Masak
  • 1/2 cawan Tairu

Cara – Cara

  1. Panaskan minyak dan layukan bawang besar, halia dan bawang putih bersama-sama rempah penumis tadi.
  2. Masukkan serbuk rempah dan tomato, masak selama 2 minit lagi.
  3. Masukkan tairu, kacang kuda, kentang serta Sosej Koktel Perisa Lada Hitam Ayamas dan dimasak selama 2 minit lagi.
  4. Tambahkan garam dan daun ketumbar.
TOP