Pollo Al Ajilo (Ayam dengan Bawang Putih)

R1Pollo Al Ajilo

Bahan – bahan

  • 1 ekor Ayam segar Ayamas, potong menjadi kepingan kecil
  • Sedikit Minyak Zaitun Divella
  • 3 biji Bawang Putih, dihiris
  • 1/2 biji Jus Buah Lemon
  • 6 biji Ubi Kentang, yang telah direbus
  • Sedikit Parsli
  • 1 cawan stok Ayam
  • Sedikit Daun Herba Thyme
  • 5 biji Tomato Ceri

Cara – Cara

  1. Potong ayam dan letak diatas pinggan.
  2. Gaul dengan garam.
  3. Goreng bawang putih dengan minyak zaitun, kemudian masukkan ayam telah digaul garam.
  4. Balikkan ayam sekali sekala.
  5. Masukkan sedikit daun herba Thyme, jus buah lemon dan parsli.
  6. Masukkan stok ayam dan masak selama 10 minit.
  7. Hiaskan kentang di tengah - tengah pinggan dan letakkan sayur disekeliling kentang.
  8. Akhirnya, hiaskan dengan tomato cari.
TOP