Ayam Teriyaki Lemon

Ep3 R1

Bahan – bahan

(A) Ayam Teriyaki Lemon

  • 6 Keping dada ayam Ayamas

(B) Untuk Sos Teriyaki

  • 250ml air
  • 125ml kicap Shoyu Jepun (Kicap Kikkoman)
  • 1 sudu besar madu
  • Parutan kulit dari 1 biji lemon
  • Jus dari ½ biji Lemon
  • 2 sudu teh tepung jagung

(C) Sayur-Sayuran "Teppanyaki"

  • 100g kobis bulat, dihiris nipis
  • ½ batang lobak merah, dihiris halus
  • 1/3 kapsikum merah, dihiris
  • 30g cendawan shiitake, dihiris nipis
  • 2 sudu besar kicap Shoyu Jepun (Kicap Kikkoman) (Optional)
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 sudu besar minyak zaitun Divella
  • Lada hitam dan garam secukup rasa

Cara – Cara

  1. Masukkan kicap Shoyu, madu, parutan kulit limau, jus lemon dan air dan masak hingga didih dan pekat di dalam periuk dengan api yang perlahan selama 20 minit. Pekatkan sos dengan tepung jagung dan sejukkan.
  2. Perapkan ayam ke dalam sos selama 3 – 4 jam.
  3. Sementara itu, panaskan minyak zaitun dalam kuali, gorengkan hirisan bawang putih sebentar hingga kuning, masukkan cendawan dan gorengkan sampai wangi,
  4. Masukkan lobak merah, kobis, kapsikum dan garam dan lada hitam dan balik-balikkan di atas api yang sederhana seketika.
  5. Goreng kacau seketika lagi, kemudian turunkan dari api.
  6. Keluarkan ayam dan goreng tohor. Balik-balikkan selama 2 minit setiap belah.
  7. Hidangkan ayam teriyaki lemon dengan sayuran-sayuran “Teppanyaki”. Hiaskan dengan daun parsli.
TOP