Burgembira AYAMAS

Ep3 R2

Hidangan 4 Orang

Wan namakan Burger ini ‘Burgembira’ sebab ia tentu akan menggembirakan sesiapa sahaja yang memakannya. Dan yang pasti ia akan membuatkan anda tersenyum riang. Burger ialah salah satu hidangan santai yang memang popular kini, tak kira kanak-kanak atau dewasa, mereka memang menggilainya. Kalau kena dengan gayanya, Burger pun boleh menjadi hidangan yang seimbang khasiatnya dengan rasa yang lazat. AYAMAS Quikburger, menjadikan ia  kerja yang mudah.

Bahan – bahan

  • 4 keping QuikBurger Ayamas
  • 500g Wedges Simplot, digoreng untuk menghidang
  • 2 biji bun Burger, dibelah kepada 2
  • 4 sudu besar minyak zaitun Divella
  • 1\4 cawan sandwich spread Kewpie
  • 120g daun Salad Romaine
  • 2 Biji tomato saiz besar, dihiris
  • 10 biji cendawan butang, dihirs
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 1\2 cawan Sos Pasta Alfredo Leggo’s
  • Segenggam kecil daun parsli
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara – Cara Memasak Sos Cendawan:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukan cendawan dan masak hingga layu. Masukkan air sedikit dan didihkan. Tuang sos pasta dan renihkan hingga pekat, akhir sekali masukan daun parsli.Ketepikan
  2. Goreng QuikBurger dengan minyak panas hingga kuning keemasan dan alihkan ke atas ketepikan.
  3. Sapukan kedua-dua belah bun dengan Sandwic Spread Kewpie. Aturkan daun salad dan tomato di atasnya, kemudian letakan QuikBurger di atasnya.Bubuhkan Sos Cendawan Alfredo ke atas burger.Hidangkan bersama QuikBurger , kentang wedges goreng Simplot. Taburkan daun parsli yang telah dicincang. Nikmati kelazatanya dan 'Burgembira’lah.
TOP