Sarapan Istimewa Ayamas

Ep4 R2

Hidangan: Untuk 4 Orang

Ini sarapan gaya Barat yang boleh kita hidangkan untuk keluarga dirumah kalau nak kan sajian yang berat sedikit dan seimbang dari segi khasiat Protein & Karbohidrat, tapi yg paling penting ia nampak sungguh menyelerakan dan tentu dapat menambat selera anak-anak anda dirumah.

Bahan – bahan

  • 3 ketul Frankfurter Perisa Bawang Putih Ayamas, dihiris
  • 8 ketul Jejari Pedas Ayamas
  • Minyak Zaitun Divella untuk menumis
  • 1\4 cawan Sos Alfredo Leggo’s
  • 4 keping kentang Hash Brown Simplot, digoreng
  • 50g Cendawan Butang, dihiris
  • 50g Cendawan Shiitake, dihiris
  • 2 ulas Bawang Putih, dicincang
  • 1 tangkai herba Rosemary segar, dilurut daunya
  • Sedikit Daun Parsli, dihiris
  • 2 butir Telur
  • 1 tin Kacang Panggang dalam Sos Tomato, dipanaskan
  • 2 biji Buah Tomato
  • Sedikit Daun Salad Campuran
  • Garam dan Lada Hitam

Cara – Cara Memasak :

  1. Potong bahagian atas tomato, dengan mengunakan sudu kecil, keluarkan isi tomato, kemudian masukan sos Alfredo Leggo’s ke dalam buah tomato.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukan cendawan dan tumis dengan api yang kuat sambil dikacau selalu.
  4. Masukan minyak zaitun dan Frankfurter Perisa Bawang Putih Ayamas dan masak seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  6. Masak hingga cendawan sedikit perang,akhir sekali, masukan herba parsli, herba rosemary dan herba basil.
  7. Masak Telur mengikut gaya yang anda gemari; goreng mata kerbau, kacau hancur atau dadar,
  8. Saya suka goreng mata kerbau dengan kuningya yang cair, ringkas tapi sedap.
  9. Rahsianya mudah je, ialah semasa mengoreng telur, tambahkan sedikit mentega.
  10. Hidangkan semuanya diatas pinggan bersama Cendawan, Frankfurter Tumis, Tomato Gratin, Kacang Panggang, Salad segar dan kentang Hash Brown. Sarapan yang cukup enak, lagi-lagi jika digandingkan dengan Kopi Panas & Jus Oren Segar. Pagi yang cukup nikmat
TOP