Spanokopita Ayamas / Roti Bayam Tradisional Greece

Ep4 R1

Hidangan: Untuk 4 Orang

Spanokopita,bermaksud 'roti bayam' dalam bahasa Greek. Ia hidangan yang terkenal di negara Greece, ia selalunya dihidangkan sebagai hidangan ringan atau pembuka selera.Wan tambahkan Lof Daging Ayam Ayamas ke dalam resipi Pai Bayam Tradisi Greek ini, menjadikan ia bertambah lazat.

Bahan – bahan

  • 1 paket Kulit Pastri Filo/ Paf
  • 1 paket Lof Daging Ayam Ayamas, digoreng
  • 4 sudu besar Minyak Zaitun Divella
  • 1 labu Bawang Besar, dihiris
  • 500g Daun Bayam
  • 200g Keju Feta
  • ½ biji Jus Lemon
  • 1 sudu besar serbuk Buah Pala
  • 2 biji Telur Ayam, dipukul sedikit bersama sedikit susu
  • 4 biji Bawang Putih
  • 10 biji Cendawan Butang
  • 4 sudu besar Mentega
  • ¼ sudu kecil herba Dill
  • Garam dan Lada hitam

Cara – Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, tumiskan bawang merah and bawang putih hingga layu. Masukan bayam, parsli, herba dill, serbuk buah pala dan sedikit mentega cair, Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam. Alihkan ke dalam mangkuk dan sejukan seketika dahulu sebelum digulung didalam pastri untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Masukkan telur dan jus lemon. Kemudian masukkan keju feta dan gaul.
  2. Letakan pastri paf di atas permukaan kerja yang bersih, bertepung dan kering, sapukan mentega ke atas pastry dan sudukan inti bayam-feta ke atas pastry. Pastikan inti kering dan tidak berair. Tapiskan inti bayam jika perlu. Ini akan memastikan pastri tidak lembik didasarnya bila sudah dibakar nanti. Beruskan permukaan tepi pastri dengan campuran telur, tutupkan pastri dan tekankan dengan garpu supaya bahagian tepi pastri dapat ditutup. Buatkan 2-3 potongan/lubang dipermukaan atas pastri untuk wap dari dalam pastri keluar semasa proses pembakaran. Alihkan pastri ke atas dulang pembakar yang digriskan dengan sedikit minyak zaitun Divella.
  3. Berus permukaan pastri dengan campuran telur, bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 183C, selama 15 – 20 minit, hingga kulit pastri kuning keemasan dan garing.
TOP