Souvlaki AYAMAS

Ep2 R1

Ayam 'Souvlaki' dan Tzaziki Ayamas

Hidangan: Untuk 4 orang

Ayam 'Souvlaki'

Bahan – bahan

  • 2 keping Dada Ayam Ayamas, di buang kulit dan dadukan
  • 1\2 cawan Minyak Zaitun Divella
  • 3 ulas Bawang Putih, dititik
  • 2 helai Daun Bay
  • 1\2 sudu kecil Herba Oregano Kering
  • 1\2 biji buah Lemon, dijuskan
  • 1 tangkai Herba Rosemary segar atau 2 sudu the herba Rosemary Kering
  • Lidi Sate sebagai penyucuk
  • Sedikit Garam dan Lada Hitam

'Tzaziki'/ Tairu Greek

Bahan – bahan

  • 1 sudu besar Minyak Buah Zaitun Divella
  • 2 cawan Dadih Asli Greek
  • 1 biji Timun, diparut dan perah airnya hingga separuh kering
  • 5 ulas Bawang Putih, dicincang
  • 1 tangkai Herba Dill yang segar, dicincang
  • 1\2 biji jus dari buah lemon

Cara – Cara Memasak ‘Souvlaki’:

  1. Di dalam mangkuk, campurkan minyak zaitun, bawang putih, oregano, rosemary, daun, bay, jus lemon, garam dan lada hitam.
  2. Kacau sehingga sebati dan perap dada ayam didalam perapan selama satu malam.
  3. Cucukan dada ayam dengan lidi sate atau BBQ dan bakarkan di dalam ketuhar dengan api sederhana selama 20 minit.

Cara-Cara Memasak Tzaziki’:

  1. Campurkan dadih asli Greek, bawang putih dan herba dill ke dalam mangkuk.
  2. Perasakan dengan garam, gula dan jus buah lemon.
  3. Gaul rata supaya sebati,
  4. Masukan parutan timun dan tuangkan minyak zaitun Divella.
  5. Hidangkan bersama Ayam ‘Souvlaki’ Ayamas
TOP