Black Pepper Crispy Fried Chicken AYAMAS

 Black Pepper Crispy Fried Chicken

Ayam Goreng dengan Sos Lada Hitam Ayamas

Hidangan: Untuk  4 orang

Bahan – bahan

  • 1 peket Ayam Goreng Ranggup Lada Hitam Ayamas, digoreng hingga garing
  • 4 sudu besar minyak zaitun Divella
  • 1 labu bawang besar,dicincang
  • 6 ulas bawang putih,dicincang
  • 2 sudu besar lada hitam hancur
  • 2 lada benggala merah & hijau, dihiris
  • 2 tangkai daun bawang, dihiris
  • 2 tangkai daunketumbar, dihiris
  • 2 biji buah tomato,didadu
  • 1\4 cawan buah zaitun
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar sos tiram LIFE
  • 1 sudu besar kicap masin LIFE
  • 2 sudu besar kicap manis LIFE
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • Segengam daun parsli,dihiris
  • 2 sudu besar Jus Lemon
  • Garam dan gula

Cara – Cara

  1. Gorengkan Ayam Goreng Ranggup Lada Hitam Ayamas dengan api yang sederhana panas hingga ayam kuning keemasan dan ranggup kulitnya. Toskan diatas tuala dapur.alternatifnya Ayam boleh dibakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15-20 minit.
  2. Tumiskan bawang besar dan putih di dalam minyak zaitun Divella, masukan buah tomato dan masak sebentar supaya tomato mula hancur. Masukan sos tiram, kicap masin, kicap manis dan air rebusan ayam.
  3. Masukan lada benggala, buah zaitun dan daun ketumbar, gula dan lada hitam hancur. Kacau sebentar, kemudian renihkan sos hingga pekat dan cantik konsistensinya. Masukan daun bawang dan tuangkan sos lada hitam ke atas ayam yang telah digoreng. Hidangkan dengan hirisan daun ketumbar.
TOP