Ayam Kapten Mihalis

 Ayam Kapten Mihalis

Ayam Istimewa ala Greek

Hidangan: Untuk 4 orang

Bahan – bahan

  • 1 ekor ayam Ayamas,dibersihkan & dipotong 8
  • 2 cawan minyak zaitun Divella
  • 1\4 cawan tepung gandum
  • 2 labu bawang merah besar,dihiris tebal
  • 6 ulas bawang putih,dihiris
  • 3 biji lada benggala merah & hijau,dihiris tebal
  • 5 buah tomato,didadu
  • 2 tangkai daun bawang,dihiris
  • 2 tangkai daun parsli,dihiris
  • 2 sudu besar capers
  • 4 cawan tomato puri
  • 1\2 cawan campuran buah zaitun hijau dan hitam
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • Herba oregano kering,garam dan lada hitam

Cara – Cara

  1. Perasakan ayam dengan garam dan lada hitam,golekan dengan sedikit tepung gandum, panaskan minyak zaitun DIVELLA dalam periuk,layurkan ayam hingga perang dan cantik masaknya, masukan bawang besar dan putih, masak hingga layu dan berbau wangi.kemudian masukan lada benggala.
  2. Masukan tomato puri dan air rebusan, tomato, oregano, lada benggala, daun bawang,capers dan buah tomato.Perasakan dengan garam dan oregano.masukan tomato hancur,air rebusan,buah zaitun dan daun parsli.
  3. Tutupkan dengan tutup periuk, renihkan selama 45 minit hingga sos pekat. Hidangkan diatas pinggan, hiaskan dengan daun parsli. Hidangkan bersama nasi.
TOP