Penne Mushroom Alfredo AYAMAS

 menu2-penne alfredo

Penne Alfredo

Ini merupakan salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menyediakan pasta dirumah.Wan suka akan rasa lemak berkrim dari Sos Alfredo Leggos yang sesuai digandingkan bersama cendawan segar.

Hidangan: Untuk 4 orang

Bahan – bahan

  • 1/2 paket pasta Penne Divella, direbus
  • 3 batang Sosej ‘English Breakfast’ Ayamas, dihiris
  • 2 keping ayam segar bahagian ‘fillet’, dihiris
  • 3 sudu besar Minyak Zaitun Divella
  • 1/2 labu bawang besar, dicincang
  • 1 botol Sos Pasta Alfredo Leggos
  • 3 sudu besar Keju Parmesan parut
  • 6 biji Cendawan Besar
  • 2 camca besar Air Rebusan Ayam
  • Segenggam kecil Daun Parsli, dihiris
  • Garam dan lada hitam, secukup rasa

Cara – Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak zaitun Divella dalam kuali,
  2. Tumiskan bawang besar hingga layu, masukan ayam segar,sosej dan cendawan,  gorengkan    sebentar sehingga cendawan menjadi layu dan masukan garam, parsli dan air rebusan ayam. Masak sampai mendidih.
  3. Tuangkan Sos Alfredo Leggos, dan sedikit air, jika perlu.
  4. Masukan pasta penne dan kacau rata supaya sebati dengan sos.
  5. Akhir sekali masukan parutan keju parmesan dan daun parsli. Hidangkan.
TOP